Saturday, May 7, 2011

Happy Mother Days

~~~~~~~~Happy Mother Days ~~~~Selamat Hari Ibu~~~~~~

Hebatnya Insan Yang Bergelar Ibu

selamat_hari_ibu

SETIAP hari AHAD ke 2 bulan Mei, adalah Sambutan Hari Ibu di Malaysia, 8 MEI, merupakan hari istimewa buat wanita yang bergelar ibu. Hari ini seluruh dunia menyambut dan meraikan hari ibu bagi memberi penghargaan kepada wanita yang bergelar ibu.

Apa pun panggilan terhadap wanita ini,ibu ummi, mama, dan emak yang dipanggil oleh anak-anak, namun peranan dan tanggungjawab yang dipikul adalah sama. Proses mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak ditunaikan sebaik mungkin. Semuanya dilakukan bagi memastikan anak-anak menjadi individu berguna pada keluarga, negara, bangsa dan agama.

Dengan ini ucapan “SELAMAT HARI IBU” buat ibu tersayang DATIN RAHILAH MOHAMAD ZAHARI dan ibu mertuaku tercinta Datin SALMIAH DESA.

Sabda Rasulullah SAW : “Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu”. Manakala sahabat juga pernah bertanya kepada Rasulullah SAW : Siapakah yang perlu ditaati ? Maka Nabi menjawab “IBu” sebanyak 3 kali ulangan dan barulah nama “Ayah”. Masyaallah. Istimewa dan hebatnya insan yang bergelar ibu.

Ibu Adam Hakimi pun kena jadi HEBAT....Bestnyer Bila Anak panggil Nama Ibu!!!


Nie lagu yang Adam Hakimi suka.....

UMMI oleh Haddad Alwi dan Sulis

Lagu ini adalah dalam bahasa Arab yang dinyanyikan oleh penyanyi nasyid terkenal Indonesia, Haddad Alwi, bersama seorang penyanyi cilik (tapi sekarang sudah besar), Sulis.

Lirik Ummi:
Ummi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati

Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani

Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy



Lagu yang Ibu Adam suka OH IBU..EXIST


Saya tujukan lagu ini kepada mereka yang telah ketiadaan ibu di dunia yang fana ini. Bukan semua orang bertuah dapat menikmati kasih ibu. Ada ibunya yang meninggal ketika bersalin dan ada juga yang pergi ketika sebahagian di antara kita masih terlalu kecil untuk mempunyai memori bersama ibu tercinta. Bagi yang masih mempunyai ibu, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita masih ada ibu sebagai tempat bermanja...err dan apa itu..mungkin juga tempat kita untuk tidur sekali-sekala di bawah ketiak ibu.

Lirik Untukmu Ibu:
Oh ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Ku buktikannya padamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potretmu berulang kali
Ku renungkan kalimah yang diberi

Tuhan yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasih-Mu

Oh ibu
Kau kasih sejati
Ku taburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Di saat ini
Ku teruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu







LAGU untuk IBU dari ADAM HAKIMI








Ibu & Adam Hakimi













p/s Selamat Hari Ibu ,ibu, buat Ibu ibu, ibu-ibu diseluruh Dunia

~~~ admin blog ibu adam & adam Hakimi

No comments: