Tuesday, May 10, 2011

Gula..Oh Gula..kerana Gula Semua Naik..







GULA....Kurangkan Gula...
kurangkan MANIS dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman..SENYUMAN Ibu Adam memang Manis pun...

Gula Oh Gula..kerana Gula semua naik.......kuih naik..teh tarik naik..roti canai naik..dan semua orang Naik angin..Haaahahhaa


Mari kita cari info skit pasal GULA nie...bila buat cari pasal gula naik nie...dengan Google
"About 4,010,000 results (0.17 seconds) " dalam masa tak sampai 30 saat banyaknya tajuk pasal gula naik..Marah betul rak
rakyat Malaysia bila Gula Naik RM2.30..




So meh kita tengok apa itu gula..




Gula adalah satu istilah bagi sekelas kristal karbohidrat yang boleh dimakan, terutama sukrosa, laktosa, dan fruktosa dicirikan oleh suatu rasa manis. Di dalam makanan, gula kebanyakan dirujuk hampir-hampir ekslusif merujuk kepada sukrosa, yang utamanya datang dari Gula tebu dan gula bit. Gula lain digunakan di dalam industri penyediaan makanan, tetapi ia biasanya diketahui oleh nama-nama yang lebih spesifik nama-namaglukosa, fruktosaatau gula buah, air gula jagung fruktosa tinggi, dll.

Pada masakini, Brazil mempunyai penghasilan gula per kapita paling banyak di dunia. Pengeluar Gula di Malaysia

Pengeluaran gula negara kini dikuasai oleh empat kilang iaitu:-

  1. Malayan Sugar Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
  2. Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
  3. Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah
  4. Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.
Salah satu kilang Gula ini telah diambil-alih oleh FELDA, Ibu Adam tak pasti kilang gula yang mana
diambil-alih.





No comments: